Aku Mahu CK: Cari Keberanian

Assalamualaikum, semua!

Ini post kedua hari ini. Saya kena buat cepat kerana sebentar lagi saya harus pergi ke sekolah!

Cop! Jangan keluar topik lagi!

Baiklah... Mengikut tajuk, tajuk kali ini ialah 'Aku Mahu CK: Cari Keberanian'.

Ini ialah buku terbaru Kak Ain dengan penulis baru iaitu, Kak Eima Manan! Eima Manan <<< Klik! Jangan tak klik! Add Kak Eima di Facebook, ya...

Hah! Nak tahu dengan lebih lanjut, jangan lupa beli di pesta buku nanti! Pastinya di Kedai Pink AinMaisarah! Pergi, jangan tak pergi! Wajib tu!

Emm... Jika sudah beli tu... Kongsi-kongsilah dengan kami juga. Hehe... *peace*

Baiklah, sampai di sini sahaja! Jumpa lagi pada post yang seterusnya!

Salam sayang,
Admin Triple S

Button Badge

Assalamualaikum, semua! Harapnya semua di dalam keadaan sihat sejahtera...

Fuh! Sudah lama rasanya tidak membuat post baru. Semuanya sibuk dengan kerja sekolah. Tidak di campur dengan kerja rumah lagi! Tolong ibu kemas rumah, basuh pinggan, lipat baju...

Eh? Sudah keluar topik pula!

Baiklah... Saya disini kerana ingin mengongsikan perkara baru dari Kak Ain. Kak Ain perlukan idea kita semua untuk membuat button badge baru!

Ini adalah contoh button badge:

Button Badge SSB
Buton Badge Gadis Bintang dengan tulisan "Dengan Kuasa Pencipta Bintang, akan Membantumu!"
Button Badge AinMaisarah dengan ucapan "Selamat berjaya!"



Marilah kita sama-sama berikan cadangan button badge!

Menurut Kak Ain, idea yang diterima akan diberi hadiah 3 button badge percuma. Apa lagi? Jangan lepaskan peluang ini!

Berikan idea kamu semua di page Kak Ain, AinMaisarah Novelis.

Salam sayang,
Admin Triple S

Kulit Buku Pink Riding Hood dan Serigala Tembam

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ingin tahu bagaimana kulit buku Pink Riding Hood dan Serigala Tembam?

Sebentar, saya masukkan gambar dahulu!

Hah! Inilah dia! Cantik, tidak? Pink! *seperti tema blog kami!*

Novel ini akan dibeli buat pertama kalinya di Pesta Buku PWTC pada 26 April hingga 5 Mei. Kamu semua hanya perlu cari sahaja di Kedai Pink AinMaisarah.

Di mana? Nanti tanya sahaja pekerja di pesta buku itu ataupun tanya terus kepada Kak Ain di AinMaisarah Novelis.

Wah! Tidak sabarnya saya ingin membeli kesemua buku Kak Ain! Senarainya sudah ada di dalam kepala! Awak semua pula, bagaimana?

Salam sayang,
Admin Triple S

Watak-watak Terbaru Novel AinMaisarah

Assalamualaikum Peminat dan Pembaca-pembaca AinMaisarah!

Semoga semua dalam keadaan baik dan sentiasa sihat. Baru-baru ini Kak Ain ada cakap fasal novel-novel terbarunya di page rasminya bukan? Hehehe.. Sudah tahu watak-wataknya? Hah! Kalau tidak tahu, inilah masanya untuk kamu semua mengenal watak-watak baru ini! ;) Have fun reading!



Ini gambar Lady Jajan sedang sembur minyak wangi 'Gegirl De Gediks' kepada Super 3G.

Minyak wangi itu akan membuatkan orang terpukau dan akan menyerahkan apa sahaja yang ada di tangan.

Boleh dapatkan novel ini semasa Pesta Buku PWTC 26 April hingga 5 Mei atau tempah sahaja daripada www.kedaiblink.com melalui Pakej 200.



Gambar penuh PINK RIDING HOOD. Dalam kisah kali ini PINK RIDING HOOD adalah seorang pembunuh upahan di Alam Dongeng. Beliau sangat licik dan sangat cekap bermain senjata.

Musuh utamanya adalah Serigala Tembam, iaitu seorang lagi pembunuh upahan yang telah dituduh membunuh nenek PINK RIDING HOOD. Bagaimana pula Tizz dan Fizz terlibat dalam kancah bermusuhan DUA pembunuh upahan ini?

Nantikan novel ke-5 dalam Siri Dongeng Sri Bangsar yang berjudul PINK RIDING HOOD DAN SERIGALA TEMBAM. Akan berada di pasaran 26 April 2013.



Selepas kisah Senah White dan 7 Wannababes Kerdil, kini Siri Novel Dongeng Sri Bangsar yang terbaru bakal terbit semasa Pesta Buku PWTC.

Judul buku Dongeng terbaru adalah PINK RIDING HOOD DAN SERIGALA TEMBAM.

Selepas ini, cerita dongeng apa yang para pembaca mahu baca?



Ini adalah Ali Kutty, salah seorang daripada kumpulan KL Gengstar. Keganasannya adalah dia suka cubit orang. Umur setiap ahli dalam kumpulan ini 10 tahun.

Ali Kutty ada semua koleksi barangan Hello Kitty.

Bacalah kisah mereka dalam siri Hero Srri Bangsar yang berjudul : HERO VS KL GENGSTAR.


Buku ini akan keluar ke pasaran pada 26 April 2013 semasa Pesta Buku PWTC.



Antara watak nakal 'utama' dalam novel Siri Hero Sri Bangsar yang terbaru berjudul HERO VS KL GENGSTAR karya Azanil Fitri dan Ain Maisarah.

Dapatkan di Pesta Buku PWTC atau tempah secara online bersama Pakej 200 di http://www.blinkdigital.com.my/kedaiblink/product/pakej-200/.


Itu sahaja gambar-gambar baru yang saya dapat kongsikan. Semua gambar dan informasi saya dapat melalui page rasmi Kak Ain iaitu AinMaisarah Novelis.

Nota Kaki: Selepas solat maghrib tadi, jangan tidur! Nanti terlena sampai lupa buat solat Isya' . Yang masih tidur itu, bangun sekarang! Selepas solat Isya' baru tidur. Habiskan masa dengan membaca atau membuat kerja sekolah sebelum masuk waktu Isya'. :)

Salam hormat,
Admin Luna.




Perjumpaan Tahunan Pembaca AinMaisarah : 2011 vs 2012

Assalamualaikum Peminat dan Pembaca-pembaca AinMaisarah!

Saya cuma mahu kongsikan entri lama dari blog novelis comel kita ini, siapa lagi kalau bukan AinMaisarah! Hehehe.. Entri ini ditulis pada 17 Disember 2012. Wah, sudah lama nampaknya entri itu ditulis. Huhuhu.. Saya cuma mahu kongsi sahaja.. :) Dipersilakan baca.. Kalau mengantuk, siapkan kopi, teh atau milo di sisi. Hahaha.. :)


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Moga semua ceria-ceria sentiasa ^___^ sepertimana cerianya mentari yang kekal bersinar setiap pagi, tanpa jemu dan gagal melengkapkan tugasan azali.

Amboi... berbunga-bunganya bahasa Kak Ain dalam memulakan entri blog kali ini! Hehehe... tentulah berbunga-bunga kerana hati Kak Ain pun masih mekar berbunga bahagia bila mengingati tarikh:

2 Disember 2012. 


Tarikh ini mencatatkan sejarah sebagai tarikh Perjumpaan Tahunan Pembaca AinMaisarah buat kali kedua.




Eh? Perjumpaan sudah masuk kali kedua? Bila yang pertama? Haaa...mungkin ada yang sudah terlupa atau baru mengetahui perkembangan Kak Ain sebagai penulis, sebenarnya bermula tahun lepas lagi... perjumpaan pembaca ini dibuat secara tahunan supaya AinMaisarah dapat bertemu para penyokong dalam keadaan lebih santai dan luas ruang. 

Selalu bila jumpa AinMaisarah sahaja, mesti Pesta Buku...




Jadi tahun lepas, Kak Ain memulakan aktiviti pertemuan pembaca... di luar kawasan pesta buku. Paling penting, ada suntikan elemen aktiviti kreativiti yang menghiburkan supaya pembaca merasai pengalaman berbeza bersama AinMaisarah. 

Ketika perjumpaan pertama tahun 2011 di Banglo Pink, antara aktiviti untuk pembaca adalah:

1) Spa memanjakan muka, hilangkan stress belajar yang melanda.



2) Manicure mencantikkan kuku, biar rapi dan bersih selalu.




3) Sesi berinai, ramai seronok melihat corak bunga pada tangan. 




4) Sesi main mekap-mekap, dibuat oleh jurusolek pofesional.




5) Fotoshot kenangan, memori yang tidak mungkin dilupakan.




6) Kafe Pink, semua makanan minuman memang pink habis!




7) Penceramah jemputan, Coach Sha in the house ^___^




8) Aktiviti luar, tembak sasaran paintball gaya tentera cilik.




Wah! Bila ingat-ingat kembali, Kak Ain dapat rasakan semula keseronokan dan kehangatan pertemuan di Banglo Pink. Memang seperti mengadakan sebuah majlis perkahwinan! Para pembaca juga boleh datang ke Banglo Pink untuk bertemu AinMaisarah dan beraktiviti mengikut masa yang sesuai sepanjang pukul 8.00 pagi hingga 9.00 malam, selama 3 hari 2 malam. Secara umumnya, Kak Ain memang sangat puas hati dengan hasil akhir perjumpaan ini.

NAMUN... masih ada dua kelemahan jelas iaitu:

1) aktiviti di Banglo Pink terlalu tertumpu kepada pembaca perempuan. Kasihan sangat pada pembaca lelaki yang macho-macho belaka, mereka hanya dapat ikuti permainan paintball dan ceramah. 

2)  masa perjumpaan terbahagi kepada tiga hari, jadi pembaca tidak dapat bertemu serentak dan tidak berkenalan rapat sesama sendiri.

Atas sebab itulah, perjumpaan tahunan kedua untuk tahun 2012 dibuat perubahan drastik supaya memenuhi kehendak pembaca lelaki dan perempuan. Kak Ain juga rasakan setiap perjumpaan, mesti ada tema-tema yang berlainan supaya pembaca kekal tertunggu-tunggu dan tidak sabar mahu turut serta!

Mari kita lihat pula aktiviti perjumpaan pembaca kali kedua yang diadakan di Menara KL tempoh hari dengan tema: 


PERANG RUMAH SUKAN: SEKOLAH SRI BANGSAR
(err... pada sesiapa yang tidak tahu, Sekolah Sri Bangsar adalah latar tempat untuk semua penceritaan novel AinMaisarah. Sekian untuk makluman. Jadi sekarang boleh teruskan membaca blog ^___^)


1) Naik Menara KL (Habis kami kuasai menara, jadi Menara Pink!)



2) Posing Menara Bersama Pembaca (Siap ada bendera Sekolah Sri Bangsar!)



3) Menonton Teater Horey Horey (err... ini pihak Menara KL wajibkan)




4) Makan Tengah Hari (Makanan pink dari luar tidak dibenarkan)




5) Berkumpul semula di dewan, sesi mesti kenal nama ahli rumah sukan




6) Sukaneka bermula! Cabaran pertama: Roket Kertas Meluncurlah!



7) Cabaran Kedua: Lastik Watak Jahat Sri Bangsar (lastik sampai tumbang ya!)





8) Cabaran Ketiga: Bina Menara Dongeng (mesti kukuh dan kreatif!)




9) Cabaran Keempat: Posing Perarakan Rumah Sukan. (Amboi, rumah hijau posing gaya tabik AinMaisarah)




10) Cabaran Kelima: Twinlimpic Sri Bangsar (merangkumi 4 permainan melucukan ~ tiup belon sampai pecah, masukkan benang dalam jarum, alihkan kacang dengan chopstik, alihkan buku tanpa tangan dan bawa bola ping-pong dalam sudu.)



11) Pengumuman Juara Rumah Sukan, Sekolah Sri Bangsar (Jeng... jeng... jeng! Siapa tahu rumah sukan mana yang menang?)




12) Pengumuman Hadiah Atlet dan Anugerah Pembaca AinMaisarah. (Tahniah... tahniah! Pakai beg hadiah Kak Ain ketika pergi ke sekolah dan belajar rajin-rajin ya!)




13) Sesi Posing di Photo Booth Cantik (tajaan Kak Asyiqs Bridal yang baik hati!)




14) Sesi Tandatangan Buku (ramai bawa berat-berat  dari rumah semua buku AinMaisarah, Kak Ain terharu sangat!)




15) Selesai, bersurai, berpeluk-peluk dan lambai-lambai. 

Fuh... bila disenaraikan semua aktiviti begini, Kak Ain rasa perjumpaan tahun 2011 dan 2012 sama seimbang kesukaran merealisasikannya. Sama letih, sama penat dan sama-sama kerja keras. Namun demi pembaca, Kak Ain pasti akan teruskan aktiviti perjumpaan sebegini untuk tahun-tahun berikutnya!

Pada Kak Ain, ini medan terbaik mahu mengeratkan hubungan antara penulis dan pembaca. Kak Ain juga mahu pembaca berkenalan sesama sendiri dan berukhwah Fillah buat selama-lamanya. Itulah harapan Kak Ain dan moga-moga ia berjaya. Amin.

InsyaAllah untuk tahun 2013 nanti... kita akan buat tema lain pula. Tema apa ya? Kepala Kak Ain sudah mula membayangkan tema-tema menarik dan juga lokasi perjumpaan yang lebih menambat hati.

Haaa..
. ada cadangan wahai pembaca kreatif semua?

^_______^ Kita jumpa lagi dalam entri blog berikutnya ya!

Salam Sayang,
AinMaisarah

Ehurm.. Sudah baca sampai habis? Syok bukan entri Kak Ain ini. Orangnya comel, entrinya pun mestilah comel! Hehehe.. :)

Salam hormat,
Admin Luna.

Kedai Blink Online

Assalamualaikum Peminat dan Pembaca-pembaca AinMaisarah!

Kamu semua dah tahu fasal Kedai Blink Online? Kalau tidak tahu, marilah kita terokai sedikit tentang Kedai Blink Online ini! ;)

KEDAI BLINK ONLINE adalah online bookstore yang menjual pelbagai novel-novel terbaru dan terhangat karya AinMaisarah. Antaranya ialah novel bersiri dan novel comel. Kedai Blink Online juga menjual cenderahati seperti button badge, penanda buku dan lainnya dalam pakej 150 atau pakej 200. Baru-baru ini, Kedai Blink Online menjual 2 jaket varsiti yang mempunyai ayat BLINK dan WANNABABES bersama logo di belakang. Jom cuba layan video dari AmanWan ini!

AMAN WAN - PERCAYA ONLINE?



Hehehe.. Lawaklah watak Tijah ini! Ketawa guling-guling saya apabila menonton bahagian terakhir itu.. "Aku beli..Heheheh..Aku beli!" Hahaha. Kalau tak silap saya, itulah ayat dia. Huhuhu.. Tidak berapa pastilah.. Janji, kita layan! Hahaha..

Ini dia link untuk ke Kedai Blink Online yang berwarna blue dan pink itu : http://kedaiblink.com/

Salam hormat,
Admin Luna.

Poskad Eksklusif AinMaisarah

Assalamualaikum, semua!

Hari ini, semuanya sihat sahaja, bukan? Jika ada yang tidak sihat, cepat pergi makan ubat! Haish! Sudah tahu tidak sihat, mengapa mengadap komputer lagi? *hehe... Saya membebel sekejap*

Malam tadi, kita sudah lihat dan baca post daripada Admin Luna. Sekarang, mari kita lihat dan baca post dari Admin Triple S pula! Hah? Admin Triple S? Sebenarnya, nama saya, Siti Sarah Sophia jadi... Faham-faham sajalah mengapa saya pendekkan! XD

Baiklah. Balik kepada tajuk utama. Sebentar! Saya tunjukkan gambar dahulu!



Hah! Inilah dia! Ini adalah poskad eksklusif AinMaisarah! Kenapa ia eksklusif? Ia eksklusif kerana poskad ini dicetak sebanyak 2000 keping sahaja. Selepas ia habis, ia tidak akan dicetak lagi.

Sedih bukan? :( Hah! Kalau nak, harus cepat-cepat pergi ke Kedai Pink AinMaisarah pada 26 April nanti!

Saya juga sudah pasti, awak semua sudah tahu tetapi biarlah saya postkan juga, ya? Untuk peringatan sahaja... Sumbernya tak lain, tak bukan daripada AinMaisarah Novelis sendiri! Hah! Sudah like page Kak Ain atau belum?

Jangan lupa juga like page Fanpage AinMaisarahPenyokong Fanpage AinMaisarah (saya salah seorang admin di situ!) dan page rasmi kami, The Fantastic AM.

Salam sayang,
Admin Triple S