Poskad Eksklusif AinMaisarah

Assalamualaikum, semua!

Hari ini, semuanya sihat sahaja, bukan? Jika ada yang tidak sihat, cepat pergi makan ubat! Haish! Sudah tahu tidak sihat, mengapa mengadap komputer lagi? *hehe... Saya membebel sekejap*

Malam tadi, kita sudah lihat dan baca post daripada Admin Luna. Sekarang, mari kita lihat dan baca post dari Admin Triple S pula! Hah? Admin Triple S? Sebenarnya, nama saya, Siti Sarah Sophia jadi... Faham-faham sajalah mengapa saya pendekkan! XD

Baiklah. Balik kepada tajuk utama. Sebentar! Saya tunjukkan gambar dahulu!



Hah! Inilah dia! Ini adalah poskad eksklusif AinMaisarah! Kenapa ia eksklusif? Ia eksklusif kerana poskad ini dicetak sebanyak 2000 keping sahaja. Selepas ia habis, ia tidak akan dicetak lagi.

Sedih bukan? :( Hah! Kalau nak, harus cepat-cepat pergi ke Kedai Pink AinMaisarah pada 26 April nanti!

Saya juga sudah pasti, awak semua sudah tahu tetapi biarlah saya postkan juga, ya? Untuk peringatan sahaja... Sumbernya tak lain, tak bukan daripada AinMaisarah Novelis sendiri! Hah! Sudah like page Kak Ain atau belum?

Jangan lupa juga like page Fanpage AinMaisarahPenyokong Fanpage AinMaisarah (saya salah seorang admin di situ!) dan page rasmi kami, The Fantastic AM.

Salam sayang,
Admin Triple S

No comments:

Post a Comment