Watak-watak Terbaru Novel AinMaisarah

Assalamualaikum Peminat dan Pembaca-pembaca AinMaisarah!

Semoga semua dalam keadaan baik dan sentiasa sihat. Baru-baru ini Kak Ain ada cakap fasal novel-novel terbarunya di page rasminya bukan? Hehehe.. Sudah tahu watak-wataknya? Hah! Kalau tidak tahu, inilah masanya untuk kamu semua mengenal watak-watak baru ini! ;) Have fun reading!



Ini gambar Lady Jajan sedang sembur minyak wangi 'Gegirl De Gediks' kepada Super 3G.

Minyak wangi itu akan membuatkan orang terpukau dan akan menyerahkan apa sahaja yang ada di tangan.

Boleh dapatkan novel ini semasa Pesta Buku PWTC 26 April hingga 5 Mei atau tempah sahaja daripada www.kedaiblink.com melalui Pakej 200.



Gambar penuh PINK RIDING HOOD. Dalam kisah kali ini PINK RIDING HOOD adalah seorang pembunuh upahan di Alam Dongeng. Beliau sangat licik dan sangat cekap bermain senjata.

Musuh utamanya adalah Serigala Tembam, iaitu seorang lagi pembunuh upahan yang telah dituduh membunuh nenek PINK RIDING HOOD. Bagaimana pula Tizz dan Fizz terlibat dalam kancah bermusuhan DUA pembunuh upahan ini?

Nantikan novel ke-5 dalam Siri Dongeng Sri Bangsar yang berjudul PINK RIDING HOOD DAN SERIGALA TEMBAM. Akan berada di pasaran 26 April 2013.



Selepas kisah Senah White dan 7 Wannababes Kerdil, kini Siri Novel Dongeng Sri Bangsar yang terbaru bakal terbit semasa Pesta Buku PWTC.

Judul buku Dongeng terbaru adalah PINK RIDING HOOD DAN SERIGALA TEMBAM.

Selepas ini, cerita dongeng apa yang para pembaca mahu baca?



Ini adalah Ali Kutty, salah seorang daripada kumpulan KL Gengstar. Keganasannya adalah dia suka cubit orang. Umur setiap ahli dalam kumpulan ini 10 tahun.

Ali Kutty ada semua koleksi barangan Hello Kitty.

Bacalah kisah mereka dalam siri Hero Srri Bangsar yang berjudul : HERO VS KL GENGSTAR.


Buku ini akan keluar ke pasaran pada 26 April 2013 semasa Pesta Buku PWTC.



Antara watak nakal 'utama' dalam novel Siri Hero Sri Bangsar yang terbaru berjudul HERO VS KL GENGSTAR karya Azanil Fitri dan Ain Maisarah.

Dapatkan di Pesta Buku PWTC atau tempah secara online bersama Pakej 200 di http://www.blinkdigital.com.my/kedaiblink/product/pakej-200/.


Itu sahaja gambar-gambar baru yang saya dapat kongsikan. Semua gambar dan informasi saya dapat melalui page rasmi Kak Ain iaitu AinMaisarah Novelis.

Nota Kaki: Selepas solat maghrib tadi, jangan tidur! Nanti terlena sampai lupa buat solat Isya' . Yang masih tidur itu, bangun sekarang! Selepas solat Isya' baru tidur. Habiskan masa dengan membaca atau membuat kerja sekolah sebelum masuk waktu Isya'. :)

Salam hormat,
Admin Luna.




No comments:

Post a Comment