Button Badge

Assalamualaikum, semua! Harapnya semua di dalam keadaan sihat sejahtera...

Fuh! Sudah lama rasanya tidak membuat post baru. Semuanya sibuk dengan kerja sekolah. Tidak di campur dengan kerja rumah lagi! Tolong ibu kemas rumah, basuh pinggan, lipat baju...

Eh? Sudah keluar topik pula!

Baiklah... Saya disini kerana ingin mengongsikan perkara baru dari Kak Ain. Kak Ain perlukan idea kita semua untuk membuat button badge baru!

Ini adalah contoh button badge:

Button Badge SSB
Buton Badge Gadis Bintang dengan tulisan "Dengan Kuasa Pencipta Bintang, akan Membantumu!"
Button Badge AinMaisarah dengan ucapan "Selamat berjaya!"



Marilah kita sama-sama berikan cadangan button badge!

Menurut Kak Ain, idea yang diterima akan diberi hadiah 3 button badge percuma. Apa lagi? Jangan lepaskan peluang ini!

Berikan idea kamu semua di page Kak Ain, AinMaisarah Novelis.

Salam sayang,
Admin Triple S

No comments:

Post a Comment